Tuesday 8 December 2015

INI VIDEO PENGAKUAN PENJAWAT AWAM YANG TELAH MEMBUNUH KERANI SEKOLAH DI MUAR TEMPOH HARI

INI VIDEO PENGAKUAN PENJAWAT AWAM YANG TELAH MEMBUNUH KERANI SEKOLAH DI MUAR TEMPOH HARI

seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.




Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.


Memetik laporan astro awani 21 november 2015 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkataSuspek berusia 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu di tahan pada pukul 6 petang semalam.

“Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.
siasatan awal sebelum ini polis bertindak menahan enam warga nepal yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam menemui mayat mangsa untuk membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah,” katanya.Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.


KISAH BENAR ARWAH YUS JAMBU DENGAN NENEK TUA PENJUAL TISU

KISAH BENAR ARWAH YUS JAMBU DENGAN NENEK TUA PENJUAL TISU


Selepas pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya, satu persatu kebaikan Allahyarham yang tidak diketahui selama ini telah didedahkan oleh mereka yang menerimanya.

Terharu sangat bila baca tentang amal jariah yang telah dilakukan oleh arwah. Sesungguhnya arwah seorang yang dermawan dan banyak membantu mereka yang diperlukan. Kerana keikhlasan Allahyarham, jenazah telah diiringi 3,000 orang ketika pengkebumian di Perlis.

Ramai sebenarnya media yang cuba mengorek tentang kehidupan arwah namun apa yang di jumpai bukan seperti orang lain.”mereka hanya menjumpai kebaikan demi kebaikan”

Sama halnya dengan kami yang baru menjumpai satu kisah menarik arwah beberapa tahun lalu di ceritakan oleh seorang individu untuk di kongsikan di laman media sosial bersama ramai.berikut kisahnya

Bercakap tentang kebaikan Pak Yus… Sy teringat cerita 2 tahun sudah semasa sy terserempak dgn beliau di area Raja Chulan bertentangan dgn Hotel Istana. Waktu tu sy ada urusan dgn Public Bank di Wisma Lim Foo Yong bersebelahan dgn hotel Lodgez Paradize.

Sewaktu sy berjalan di pedestrian walk menuju ke bank, sy nampak seorang nenek menjual tisu duduk kat bawah pokok. Masa tu semua orang lalu lalang buat tak tau je keadaan nenek tu. maklumlah, terlalu ramai golongan peminta sedekah/jual tisu kat KL ni jadi orang tak kuasa nak layan. Selesai je berurusan, sy pergi semula melintas di jalan yg sama. Saya lihat ada seorg lelaki sedang melayan nenek tu dgn ramah, sgt ramah, berbual mcm dah kenal lama. Tetapi lelaki tu membelakangi laluan sy so sy jadi curious siapalah agaknya lelaki yg agak budiman tersebut.

Bila sy mencuri lihat, rupanya Pak Yus! Sy terus memanggil nama Pak Yus dan beliau menoleh sambil melambai tersenyum. Sy terus tanya buat apa kat sini, beliau cakap tgh tunggu kawan. Tu yg berbual dgn nenek tu. sy sempat berbual dgn beliau dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau di MaharajaLawak. Apa yg sy amati, beliau sgt merendah diri dan melayan semua org dgn baik wlupun dgn diri sy sendiri sbg seorang peminat yg baru pertama kali berjumpa beliau face to face.

Memag tak kekok langsung nak berbual dgn beliau. Bila dapat tahu yg beliau meninggal akibat serangan jantung, mmg sy agak shocked jgk lh. Beliau pergi terlalu cepat… Tp sudah takdir Allah, mmg takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sy tau beliau mmg orang yg sgt baik.”


Cerita Arwah yus jambu dengan kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi),

Salah satu kisah dermawan Allahyarham Yus Jambu telah diceritakan oleh kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Perlis.

Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian. Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri.

Malah Allahyarham juga seringkali menderma ke tabung masjid kampung kelahirannya. Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini. Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi. Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis

Bekas guru kepada Yus Jambu juga telah memaklumkan Allahyarham hadir memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim tanpa sebarang bayaran tahun ini.

Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran. Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya.

Sikap dan sifat dermawan Allahyarham Yus Jambu ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua. Rata-rata semua yang mengenali Allahyarham memuji keikhlasan, kemesraan dan kebaikan Allahyarham. Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima ..
Al-Fatihah..


Monday 7 December 2015

BUDAK BERUSIA 2 TAHUN BUKAN SAHAJA DICEDERAKAN MALAH D1PERK0S4 KETIKA IBUNYA LEKA BERMAIN FACEBOOK

BUDAK BERUSIA 2 TAHUN BUKAN SAHAJA DICEDERAKAN MALAH D1PERK0S4 KETIKA IBUNYA LEKA BERMAIN FACEBOOK


Tidak dapat dinafikan, seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini, disebalik kebaikan yang ada pada alat ini, terselit juga keburukan yang jelas boleh kita lihat. Contohnya manusia kini lalai dengan melayari media sosial sehingga alpa.

Gara-gara terlalu taksub melayari media sosial dan tidak mengambil peka dengan keadaan sekeliling, ibu ini sanggup membiarkan anaknya bersendirian tanpa memikirkan padah yang berlaku.

Menyedihkan apabila melihat keadaan kanak-kanak malang ini terseksa akibat diserang oleh beruk liar. Ikuti kisah kanak-kanak malang ini:

Dalam sebuah kawasan persendirian, tinggal satu keluarga iaitu, suami isteri dan dua orang anak kembar sepasang, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia 2 tahun. Suami pula bekerja sendiri dengan mengusahakan tanaman pisang dalam tanah pusaka dari arwah ibubapanya, manakala isterinya atau ibu kepada dua beradik kembar ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan mempunyai hobi bersosial di laman facebook, twitter dan sebagainya. Tak kira bila, kadangkala tangisan anak berhenti sendiri tanpa di hiraukan, namun dari segi makan minum dan pakaian anaknya cukup terjaga.

Sehinggalah pada suatu petang, ketika si ibu leka bermain facebook manakala anak lelakinya tidur di buaian, tinggallah anak perempuannya seorang diri bermain di dapur rumah dengan pintu ternganga. Ketika itu bertandan-tandan pisang nipah yang mulai masak beronggok di belakang dapur rumah mereka.

Keseronokkan anak kecil bermain dalam keadaan telanjang telah menarik perhatian seekor beruk (monyet jenis besar bebulu kuning) sedang memerhati kan timbunan pisang di belakang rumah. Ketika ibu kanak-kanak perempuan masih mandi, ketika itulah kera tadi datang untuk mencuri pisang.

Ketika memunggah pisang, kera terbabit telah terpandang kanak-kanak perempuan bermain seorang diri dalam keadaan bogel di dapur rumah. Walaupun di pagar paras pinggang, untuk mengelakkan anak bermain di luar, namun tidak menghalang beruk untuk masuk kedalam rumah.

Sehinggalah si ibu selesai mandi, tanpa dihiraukan anaknya, terus naik ke ruang atas rumah untuk menyalin pakaian. Ketika itu si ibu mula mendengar tangisan anak nya, disaat ibu nya masih mengemaskan diri, ketika itulah beruk tu masuk dan cuba mencederakan kanak-kanak tersebut dengan menarik rambut serta mengigit bahagian peha dan lengan kanak-kanak malang tadi, termasuklah beruk tadi telah menyetubuhi kanak-kanak malang tanpa perasaan.

Mendengar tagisan anaknya semakin kuat, ibunya mula risau dan turun untuk mendapatkan anaknya. Hampir pengsan si ibu melihat keadaan anaknya, bila darah mengalir dengan banyak nya dari kesan luka, termasuklah kemaluan anak gadis kecilnya. Si ibu menangis dan terus mendapatkan anak nya. Sementara menunggu suaminya balik, luka di tubuh kanak-kanak malang tadi di sapu dengan ubat luka.

Setelah 3 jam berlalu, barulah ayahnya balik dan membawa anaknya ke klinik berhampiran. Laporan polis dibuat, dan nyaris juga si ibu didakwa di mahkamah atas kecuaiannya. Setelah pemeriksaan dan rawatan dilakukan, doktor memaklumkan terdapat kesan tusukan pada kemaluan anak mereka dan harus sentiasa diawasi dengan mendapat rawatan susulan agar tidak dijangkiti kuman merbahaya.

Seminggu selepas itu, kanak-kanak malang tadi mula sembuh namun ibunya kesal sepanjang hayat kerana tidak menjaga anaknya sebaik mungkin sehingga kepercayaan suaminya hilang dan terpaksa mengupah pengasuh untuk menjaga kedua anak mereka di rumah.

Sebagai pengajaran dan ingatan buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal berhampiran dengan hutan, bahaya jika biarkan anak kecil keseorangan kerana kanak-kanak kecil masih belum kenal erti bahaya. Lindungilah anak anda sebelum menjadi mangsa.


KUMPULAN BEKAS PENJAWAT AWAM (G25) CADANG MANSUH HUKUMAN KHALWAT KERANA KESALAHAN ITU ADALAH DOSA PERIBADI

KUMPULAN BEKAS PENJAWAT AWAM (G25) CADANG MANSUH HUKUMAN KHALWAT KERANA KESALAHAN ITU ADALAH DOSA PERIBADI



Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.


9 KOLEKSI GAMBAR TERBAIK MENAMPAKKAN ARWAH TUNGKU ABDUL JALIL SEORANG YANG SANGAT MERENDAH DIRI

9 KOLEKSI GAMBAR TERBAIK MENAMPAKKAN ARWAH TUNGKU ABDUL JALIL SEORANG YANG SANGAT MERENDAH DIRI

Kumpulan Gambar Terbaik Tunku Abdul Jalil Merakyat|Dua hari lepas berlaku janji Allah yang telah pun di tulis sebelumnya dalam sebuah buku takdir Seorang insan berhati mulia Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Beliau yang sebelumnya mempunyai kanser sudah berusaha berubat dengan bagian kesihatan,begitu juga dengan bantuan dari doa rakyat serta keluarga namun dengan ketentuan Allah datanglah hujan yang tidak reda ,begitu juga dengan angin yang tidak terhalang,Berlakulah lapas “Inna lillah wainna ilaihi rojiun”mangkatnya Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

ui
Sama samalah kita meringankan tangan menadah doa kepada Allah SWT"semoga arwah Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di tempatkan di kalngan orang orang yang beriman.

Merujuk kepada tajuk inilah gambar terbaik arwah Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang membuat ramai sayangkan beliau.













MENGEMPARKAN!! JURURAWAT KONGSI DETIK TERAKHIR BERSAMA TUNGKU ABDUL JALIL


MENGEMPARKAN!! JURURAWAT KONGSI DETIK TERAKHIR BERSAMA TUNGKU ABDUL JALIL


Video memaparkan telatah Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bergurau dengan seorang jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hingga menjadi viral pasti masih segar dalam ingatan semua.

Video berdurasi 0.36 saat itu memaparkan gelagat Allahyarham menyergah jururawat senior wad berkenaan, Selmi Hamdan, 60, sehingga kini telah ditonton lebih 150,000 orang di laman sosial YouTube.

Menceritakan pengalaman menjaga Allahyarham ketika dirawat di wad berkenaan, Selmi berkata, Tunku Abdul Jalil merupakan seorang anak raja yang berjiwa rakyat serta memiliki keperibadian yang sangat baik.

“Kesemua jururawat dan staf di wad diraja ini amat sayangkan Allahyarham kerana sikapnya yang sentiasa menghormati kami seperti ahli keluarganya sendiri.

“Sebab itu kami semua amat bersedih apabila mendapat berita tentang kemangkatan Allahyarham semalam. Saya pada mulanya tidak dapat menerima hakikat namun akhirnya reda kerana percaya Allah SWT lebih sayangkan Allahyarham,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selmi yang sudah bersara sejak Mac lalu berkata, dia banyak menyimpan kenangan ketika merawat Allahyarham dan antaranya yang tidak boleh dilupakan adalah telatah Allahyarham yang gemar menyakatnya.

Menurutnya, kira-kira dua minggu sebelum Allahyarham menjalani pembedahan di hospital swasta di China pada penghujung tahun lalu, dia sering mengusik dan mengejutkannya bila berpeluang berbuat demikian.

“Sebab itu bila dikenang semula saat itu hati saya menjadi sebak kerana saya amat menyayanginya Allahyarham macam anak saya sendiri,” katanya.
Ujar Selmi, dia mengetahui berita kemangkatan Tunku

Abdul Jalil daripada anak sulungnya namun tidak berpeluang menghadiri istiadat pemakaman Allahyarham kerana menjaga anak keempatnya yang menjalani pembedahan lutut.


FAKTOR PENYEBAB GIGI ANDA KUNING DAN CARA MUDAH UNTUK MEMUTIHKAN

FAKTOR PENYEBAB GIGI ANDA KUNING DAN CARA MUDAH UNTUK MEMUTIHKAN


Semua orang inginkan senyuman yang menawan. Untuk mencapai senyuman yang memikat, anda perlu mempunyai gigi yang putih bersinar dan berkilat.

Pada zaman sekarang, ramai yang membelanjakan wang yang besar untuk memutihkan gigi mereka. Mereka melalui rawatan pemutihan gigi dan menjalani tatacara yang banyak untuk mendapatkan gigi yang putih.

Pemutihan gigi telah menjadi prosedur dan cara yang berkesan untuk mencerahkan warna gigi, tanpa mengambil ataupu mengorbankan mana-mana permukaan gigi yang asal.

Berikut adalah sedikit senarai kandungan artikel ini:

4 Faktor Gigi Tidak Putih
2 Cara Untuk Memutihkan Gigi
3 Remedi dan Petua Memutihkan Gigi
3 Tips Susulan Pemutihan Gigi
Kesimpulan
Jom ketahui cara-cara untuk memutihkan gigi anda sekarang!

4 Faktor Gigi Tidak Putih

Kita semua mempunyai gigi yang putih pada masa kanak-kanak. Dan gigi kita akan memudar dan berubah warna di sebabkan oleh beberapa faktor.faktor gigi kuning

1. Penuaan – Salah satu faktor gigi tidak kekal putih adalah disebabkan proses semulajadi manusia. Semua orang akan tua, dan termasuklah semua anggota badan anda. Gigi menjalani proses penuaan dengan warnanya yang luntur.

2. Minum minuman seperti kopi, teh, minuman bersoda dan minuman yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi. Semua minuman tersebut mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesan kepada warna gigi anda.

3. Merokok – Selain merosakkan badan dan paru-paru anda, merokok juga boleh menyebabkan warna gigi anda bertukar kepada warna kuning kehitam-hitaman.

4. Penjagaan gigi yang tidak baik – Sesetengah kes masalah gigi berwarna adalah disebabkan penjagaan yang tidak baik, sebagai contoh tidak menggosok gigi seperti yang dicadangkan oleh kementerian dan doktor gigi. Hal ini menyebabkan pembiakan bacteria di celah gigi dan memudarkan warna gigi.

JADI, BAGAIMANA UNTUK MEMUTIHKAN BALIK GIGI SAYA?



2 Cara Untuk Memutihkan Gigi

Terdapat banyak cara untuk memutihkan gigi sekiranya anda mencari daripada internet. Namun, bukannya semua memberikan hasil yang memuaskan. Saya senaraikan 2 cara yang terbaik untuk memutihkan gigi, sepertimana yang disyorkan oleh doktor-doktor gigi yang diiktiraf.

1. Pelunturan (Bleaching)

Pelunturan adalah salah satu cara yang terbaik untuk memutihkan gigi anda. Doktor gigi juga mengesyorkan cara ini untuk mengembalikan warna gigi kepada warna putih.

Kaedah ini dilakukan dengan menyapu sejenis gel ataupun getah keatas lapisan gum gigi anda untuk melingdunginya daripada terdedah. Kemudian, produk pemutih akan disapukan keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu untuk mendakap seluruh permukaan gigi tersebut.

Produk pelunturan ini kebiasaannya mempunyai carbamide peroksida dan hidrogen peroksida sebagai bahan aktif. Apabila bahan-bahan tersebut di pecahkan, oksigen yang dibebaskan akan memasuki enamel gigi, lantas membuatkan warna gigi tersebut luntur dan mengembalikan warna putih tersebut.

Cara rawatan tersebut boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga hingga empat minggu.

Sekiranya anda berminat dengan cara ini, anda perlu membuat perjumpaan dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali. Pada perjumpaan pertama, doktor gigi akan membuat ala-ala pendakap gigi. Setelah selesai, anda digalakkan untuk melakukannya di rumah.

Anda perlu menyapu produk tersebut secara berkala setiap hari selama 4 minggu.

Sesetengah produk yang baik memerlukan anda menyapu produk tersebut untuk beberapa jam sekali. Anda juga boleh menyapunya sebelum anda tidur. Dengan amalan ini, anda boleh mendapatkan hasil yang positif dalam hanya 1 minggu. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi dan tahap tertentu.

2. Rawatan Laser

Cara ini juga dikenali sebagai “power whitening“. Kaedah ini agak mahal, dan kebanyakan yang menjalani rawatanputihkan gigi ini adalah dari kalangan yang berada dan kaya. Hal ini kerana rawatan ini sangat berkesan dalam memutihkan gigi.

Semasa menjalani proses ini, gum gigi anda akan dilindungi dengan sejenis getah. Kemudian, gigi anda akan disapukan dengan produk pemutih. Satu pancaran laser akan dipancarkan keatas permukaan gigi tersebut dan akan memberikan tindak balas keatas bahan kimia di dalam produk permutih tersebut.

Pancaran tersebut boleh membantu mempercepatkan proses tindak balas pelunturan, maka warna putih pada gigi akan cepat diperolehi.

Kebanyakan doktor gigi bersetuju bahawa kaedah ini sangat efektif, namun bukan semua boleh menjalaninya, walaupun anda mampu membayarnya. Hal ini kerana doktor gigi perlu menjalani pemeriksaan pada gigi anda terlebih dahulu sebelum menjalani proses tersebut.

Ini untuk menentukan sama ada gigi anda sesuai atau tidak dengan rawatan ini. Secara kasar, rawatan laser hanya memerlukan jangka masa 1 jam sahaja.

Kesan pemutihan ini boleh bertahan selama 3 tahun, bergantung kepada situasi dan pemakanan pemilik. Pakar dokor gigi biasanya akan menasihati untuk tidak merokok, makan atau minum sesuatu yang boleh memberikan kesan perubahan warna pada gigi tersebut.

Sesetengah orang akan merasakan sedikit kesejukan pada gigi selepas rawatan. Namun, simptom ini biasanya akan hilang selepas beberapa hari.

Di atas adalah 2 cara yang paling efektif dalam mendapatkan gigi yang putih dan senyuman yang menawan. Walaupun pada hakikatnya rawatan tersebut akan melibatkan kos yang agak tinggi, ia masih di kira berbaloi.

Namun, jika anda tidak berminat dengan cara rawatan komersial, anda boleh mencuba petua dan remedi di rumah.



3 Remedi dan Petua Memutihkan Gigi

Berikut merupakan rawatan alternatif untuk memutihkan gigi. Cara-cara berikut adalah sesuai bagi semua untuk mengamalkannya, namun hasilnya mungkin tidak sebaik rawatan dari doktor gigi.

Antara kebaikan menggunakan remedi dan petua-petua ini adalah kerana ia tidak mendatangkan sebarang kesan negatif dan merbahaya. Lagipun, ia sangat murah jika dibandingkan dengan produk-produk komersial dan rawatan daripada doktor.

Dan berikut adalah beberapa remedi yang anda boleh amalkan:

1. Baking Soda

Pes baking soda, juga dikenali sebagai sodium bicarbonate boleh didapati di kedai ubat ataupun pasar raya yang berdekatan. Bahan aktif ini boleh menghilangkan kesan warna ke atas gigi, lantas mengembalikan warna putih gigi seperti sedia kala.

Bahan ini adalah beralkali, maka ia boleh neutralkan mulut anda yang berasid (sekiranya anda selalu makan makanan yang masam dan minum kopi).

Apa yang saya perlukan?

Beberapa sudu teh baking soda
Air ataupun jus lemon/limau
Berus gigi
Arahan

Campurkan baking soda yang anda sediakan tadi dengan jumlah air ataupu jus lemon/limau yang mencukupi untuk menjadikannya satu pes. Kemudian, hilangkan lebihan air liur dari mulut dan gigi anda, lakukannya dengan tisu.

Letakkan pes yang sesuai pada berus gigi anda dan terus memberus gigi dengan pes tersebut. Biarkan pes tersebut selama 1 minit (jika menggunakan jus) atau 3 minit (jika menggunakan air), kemudian bilas.

2. Minyak Kelapa

Remedi ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.

Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.

Apa yang saya perlukan?

Satu sudu teh minyak kelapa
Arahan

Pada waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, ambil satu sudu teh minyak kelapa. Kemudian, sapukannya di atas gigi anda. Gunakan lidah anda untuk menyapu pada bahagian belakang dan bahagian yan sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian ludahkannya. Bilas dengan air bersih, dan kemudian berus gigi anda seperti biasa.

3. Kulit Buah Oren

Apabila anda mengupas buah oren, anda akan mendapati terdapat bahagian dalamnya yang berwarna putih. kulit oren boleh memutihkan gigiKebiasaannya orang akan membuangnya, kerana tidak tahu bahawa bahagian tersebut boleh memutihkan gigi anda secara semula jadi.

Apa yang saya perlu?

– Buah oren yang belum dikupas

Arahan

Kupaskan buah oren tersebut, dan ambil kulitnya. Jadikannya saiznya kecil dan sesuai untuk saiz mulut anda. Kemudian, gunakan bahagian putih kulit tersebut dengan menyapunya pada gigi anda. Anda digalakkan untuk mengulangi proses ini secara berkala untuk mendapat hasil yang positif.



3 Tips Susulan Pemutihan Gigi

Di sini saya senaraikan beberapa tips susulan kepada anda agar anda mendapat hasil yang lebih baik dalam pemulihan warna gigi anda.

1. Elakkan Faktor-Faktor Penyebab Warna Gigi Berubah

Perkara ini telah dibincangkan diatas, sila rujuk kembali. Antaranya adalah merokok, minum kopi/teh dan tidak menjaga gigi dengan elok.

Perkara-perkara ini perlu dielak (semasa dan selepas rawatan) agar gigi putih anda boleh dikekalkan dalam jangka masa yang lama.

2. Gunakan Ubat Gigi Atau Produk Yang Berkualiti

Sekarang, kebanyakan ubat gigi sudah mempunyai dan mengeluarkan produk yang berteraskan pemutihan gigi. Selain menjaga gigi anda daripada pembiakan bakteria, mereka juga memuatkan agen pemutih gigi sebagai tambahan.

Antara produk yang mengaplikasikan perkara ini adalah Colgate Optic White (sebagai contoh).

Selain itu, anda juga boleh menggunakan produk pemutih gigi yang lain. Anda perlu memilih produk yang terbaik dengan diri anda, hal ini kerana sesetangah produk berkesan kepada sesetangah pengguna sahaja.

Anda perlu tengok kepada kandungannya, adakah mempunyai bahan kimia yang merbahaya.

3. Jadikan Sebagai Rutin Harian

Sekiranya anda ingin mengikuti petua dan remedi di atas, anda perlu ingat bahawa anda memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi sebelum mendapat hasil yang anda ingini.

Anda perlu praktikkannya setiap hari. Secara jujur, anda tidak boleh mendapat hasil spertimana produk-produk komersial dan rawatan laser, namun dengan harga dan mudah, ia sangat berbaloi.

Kesimpulan

Sebagai satu kesimplan, anda perlu menjaga gigi anda daripada mengamalkan amalan yang boleh menguningkan/menghitamkan gigi anda.

Walaupun begitu, masih berlum terlambat sekiranya anda ingin mengembalikan gigi putih anda. Terdapat banyak cara yang boleh membantu anda, cuma anda perlu mengeluarkan duit (bergantung kepada jenis rawatan).

Harap entri ini membantu anda. Sekiranya ya, share lah artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan agar mereka semua mendapat manfaat.