Friday 4 December 2015

Filled Under:

CARA MUDAH MENGHILANGKAN KESAN SELULIT

CARA MUDAH MENGHILANGKAN KESAN SELULIT

Golongan wanita merupakan golongan yang paling risau dan tertekan sekiranya terdapat kesan-kesan selulit di anggota badan mereka. Untuk pengetahuan, selulit sebenarnya bukan sejenis penyakit.



Selulit merupakan kumpulan lemak yang mudah terjadi di beberapa bahagian anggota badan terutama di bahagian lengan dan perut. Selulit terhasil daripada lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Malahan selulit bukan sahaja menjadi permalasalan kepada ibu yang baru lepas bersalin tetapi boleh sahaja terjadi kepada golongan remaja juga.

Punca Selulit

Punca Selulit Di Anggota Badan

Bagaimanakah terjadi dan punca selulit di anggota badan?

Faktor genetik
Gaya hidup tidak sihat
Hormon tidak seimbang
Kehilangan banyak berat badan
Rawatan Selulit

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Selulit

Jangan risau. Masalah kesan selulit tersebut boleh diatasi dengan beberapa cara. yang penting, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati. Antaranya ialah:

Serbuk kopi : Cara menghilangkan selulit dengan menggunakan serbuk kopi merupakan cara yang popular terutama di kalangan wanita dan selebriti di Holllywood.
1. Campurkan serbuk kopi dan krim losyen anda.
2. Gaulkan hingga sebati.
3. Lumurkan dan usapkan lembut di bahagian selulit tersebut.
4. Biarkan selama beberapa minit (anggaran 30 minit )
5. Bersihkan.

Tomato : Tomato mempunyai banyak khasiat dan kandungan yang baik untuk membaiki kulit yang rosak. Oleskan secara merata tomato pada permukaan kulit yang mempunyai selulit sambil digosok perlahan selama beberapa minit. Lakukan cara mudah ini untuk kulit paha dan betis yang bebas dari selulit.Selain mencuba dengan menggunakan bahan-bahan tersebut, anda boleh bersukan dan bersenam. Amalkan gaya hidup yang sihat. Selamat mencuba.




0 comments:

Post a Comment